Tuesday 29 January 2013

Jangan Cepat Berundur..

Kata2 motivasi, pembakar semangat di pagi hari... Boleh digunakan untuk pembakar semangat dlm bisnes, dan juga utk orang2 yg berdiet ni.. : )
Dipetik dari wall FB Datuk Dr. Maznah Hamid..
Terima kasih Datuk.. : )
TUNGGU DULU…JANGAN BERUNDUR!

Jika kita sering memberitahu bahawa kita telah penat berusaha namun sehingga sekarang masih belum belum berjaya mencapai apa yang kita impikan, kita sebenarnya sedang meracuni fikiran kita dengan pemikiran dan percakapan yang negatif. Lambat laun jika kita belum sedar-sedar, maka kita bakal terhumban kelembah kekecewaan yang berpanjangan.

Jika kita memikirkan kita begitu penat berusaha, cuba kita fikir dan kaji mereka yang telah berjaya. Mereka mencapai apa yang mereka hajati bukan dalam sekelip mata.

Mereka berjuang dengan titik peluh dan curahan keringat serta airmata sepanjang kehidupan mereka. Ingat wahai teman ku, saya hanya mengecapi erti ‘kesenangan’ dan terpaksa ‘bertarung’ sehingga kini…dah lebih 30 tahun perjuangan ini!

Oleh yang demikian kita perlu terus merancang untuk menjadikan diri kita juga berjaya seperti dengan menjauhkan pemikiran kita dari unsur-unsur negatif yang bagaikan racun yang boleh merosakkan perjuangan kita. Ubah strategi mengikut keperluan semasa sekiranya plan A kurang berkesan. Pemikiran mesti kreatif dan berinovasi. Kena cepat bertindak mencari dan merebut peluang. Bantu juga orang lain untuk kita dibantu!

Kita perlu yakin jika kita sering menghadapi kegagalan, ingatlah kegagalan itu adalah merupakan langkah-langkah yang semakin hampir membawa kita kepada kejayaan.

Jangan kita berundur di saat-saat setapak sahaja lagi untuk kita mampu menggenggam impian kita!

Wednesday 16 January 2013

Bismilllah....

Salam selamat pagi semua..

Mulakan pagi kita dengan sedikit doa, supaya dipermudahkan urusan.. (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...