Salam.. Nak share kebaikan green tea.. Jom minum green tea dgn ALSDII, insyaallah akan menghasilkan penurunan yg lebih cepat sbb blh membantu meningkatkan metabolisme.. Err, tp without sugar lah ye.. : ) For more info, contact/sms/whtsapp Dieyna at 012-6299232 or email dieyna.newimage@gmail.com.. Tq..
Labels
- 1.Home (29)
- 2.Cara-Cara (14)
- 3.Testimoni (25)
- 4.Money Making (14)
- 5. Beli Online (2)
- 6.Artikel (6)
- 7.Q and A (8)
- 8. Tracking No. (5)
Showing posts with label 2.Cara-Cara. Show all posts
Showing posts with label 2.Cara-Cara. Show all posts
Saturday, 23 February 2013
Tuesday, 18 December 2012
Tuesday, 30 October 2012
Induction Program...
2 Minggu Yang Pertama Semasa Memulakan SD2
(Induction Programme): 1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya. 2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya....
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. 8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. Boleh Makan: 1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis. 3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi. 5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. 6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 9.) Pizza? Makan topping sahaja. 10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. JGN LUPA MAKAN SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MALAM. MAKAN MALAM SEBELUM JAM 9 MALAM. JGN PONTENG MAKAN Contoh sarapan / Breakfast 1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb) 2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb) 3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb) 4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb) Makan Tengahari / Malam 1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb) 2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb) 4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb) 5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb) CARB = KARBOHIDRAT (JGN LEBIH DRPD 20 GRAMS CARB SEHARI KALAU NAK KURUS) Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb ! Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb. Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb. Mee (mihun/spagetti/laksa/ Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction 1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll. 2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji). 4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak. 5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak. 6. Kek, biskut dan semua produk bergandum. 7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim. 8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll. 9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni. 10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food. 11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah). 12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan. Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa. Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan. Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita. Contoh Menu Semasa berDIET dengan SD2 Pagi: 1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat - 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices 2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. - 0.5 karbohidrat Tengahari: 1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat) 2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). - 0 gram karbohidrat 3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 0.2 - 1 gram karbohidrat - any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..Lebihkan sayur2 hijau dan fresh. 4.) ATAU makan salad sekali lagi Malam: - sebelum jam 9.00pm: Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging. 1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam. 2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram. 3.) Daging goreng kering 4.) ATAU steak lembu / kambing Snacks: 1.) 1 keping Cheddar cheese 2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz) 3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper.. Minuman: 1.) Air biasa 2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula .. |
Copied from wall K.Moharina... Thanks kak.. : )
Labels:
2.Cara-Cara
Saturday, 29 September 2012
Carta Pengambilan Makanan..
Salam semua... Hari ni weekends kan.. Dah bgn ke, or tgh syok tarik selimut lg ni?? ;p Utk kwn2 yang sedang berdiet tu, pagi ni blh lah masak2 menu best2 sket kat rumah tu ek.. Ni Dieyna nak share sket carta mudah utk berdiet ALSDII ni eh.. Kdg2 frust jgk, dpt byk SMS @ whatsapp, bgtau yg dah beli kat kedai2/ jamu2/ salon2, tp xde dpt guidance.. Haa tulah, len kali kena beli dgn agen yang berdaftar lah, barulah akan diguide & if xsure apa2 tu, bila2 masa je blh tnya agen tu balik.. Xdelah dibiarkan terkontang kating tu kan.. : ) Ni juz nak share sket cara2 pmakanan, dah asyik2 share testimoniii aje kan.. Sesiapa yg interested nak tau lebih lanjut @ nak mencuba tu, blh PM/SMS/whatsapp/email Dieyna at 012-6299232 utk maklumat lanjut ok.. Buku panduan ni akan disertakan percuma bersama shaker & few strips ketostick utk pembelian 3 tin ke atas.. : )
Labels:
2.Cara-Cara
Thursday, 21 June 2012
Your Ideal Weight..
Salam u all..
Mlm ni kite nak share sket about ideal weight ni.. Ramai yg confused dgn ideal weight ni.. Biasanya kita tolong kirakan.. Tp td tgh bersurfing2 & berFB2 tu trjumpa lah plak dgn schedule ni.. So rasanya lg senang & acccurate ikut schedule ni,coz dah dibahagikan plak dgn types of body frame lah plak.. So, blh try tgk lah ye, mmg ur weight tu dah ideal ke belum..
Bg yg dah mmg berada di tgga ideal wght tu, oklah.. Keep it up, hopefully blh maintain that position.. Bg yang dah mencuba SDII ni, bila dah capai ideal wght tu, dah blh stop lah ye.. jgn diminum berterusan plak.. Nnt jd lidi kang, susah lah plak.. = ) Bg yg di luar tgga ideal weight (dah trlebih lah tu.. ; ) ) blhlah klau nak try ALSDII ni ye.. Insyaallah blh turun 3-5kg sminggu, asalkan dgn cara yg betul..
Dont worry, mmg kite akn guide dgn betul supaya u all betul2 blh dpt ur ideal wght tu.. Jgn terperdaya dgn harga2 murah samada di online ataupun di pasaran, coz kdg tu sales je tau, tp service nya x ada.. Ada kdg tu dah minum smp bertin2 tp baru turun 2-3kg.. Rupa2nya bila tnya blaik, xtau lgsg psl diet program, apa blh mkn, apa xblh mkn, ketostick tu apa.. Kesian plak mdgarnya.. Ok, so check ur ideal weight now.. Bkn apa, bila dah capai ideal wght ni, insyaallah kesihatan kita lbh terjamin lah bila dah x obese nie, so xde lah penyakit2 berangkai (diabetes, darah tinggi, jantung) tu menyerang.. Harap2 lah kan.. Kita dah berusaha, insyaallah Tuhan makbulkannya, ye x? ok, daaa for now.. ;p
Labels:
2.Cara-Cara
Thursday, 1 March 2012
Fibermax
Salam pagi Jumaat buat semua.. Hari ni weekends dekat Kelantan & Terengganu ni.. So blhlah bersantai-santai sket hari ni.. :)
Lupa nak share dgn senua, bagi consumer SDII ni, untuk dapatkan penurunan yang lebih pantas, boleh minum bersama dengan FIBERMAX ni ye.. Tujuannya adalah untuk mengempiskan perut, mengelakkan sembelit & untuk sistem pelawasan yang lebih baik lah ye.. Cuma ambil sekali sehari, iaitu sebelum tidur sahaja. Jadi setin ni biasanya untuk sebulan- 2 bulan lah..
Mengikut testimoni, yang ambil Fibremax dengan SDII ni, mmg purata penurunan boleh mencecah 4 - 6 kg seminggu.. Tp of course lah, juga dengan mengikut diet yang betul dan mengikut body masing-masing jgklah ye.. Ok itu saja, baby dah bangun lah plak.. Byeee for now... :)

* Err, ini lah rupa bentuk Fibremax tu ye..
Labels:
2.Cara-Cara
Tuesday, 2 August 2011
Minum SDII ketika Berpuasa..
Salam Ramadhan untuk semua.. Di harap Ramadhan kali ini dapat memberi lebih kebaikan dari Ramadhan yang sebelumnya.. :)
Sorrylah friends, agak lama xsempat update blog ni.. Sibuklah konon2nya.. Cuma nak update cara2 minum SDII pada bulan puasa ni (ramai yang tanya..)
Ok, kalau sebelum ni minum 4x sehari (boleh sebelum/selepas makan), jadi untuk bulan puasa ni boleh juga kalau nak maintain 4x sehari (2 skup sekali minum) seperti berikut:
i) Minum 1x selepas berbuka, 1x lagi sebelum/selepas terawih, 1x sebelum tidur dan 1x semasa sahur
ATAU
ii) Minum 1x selepas berbuka (tp ambil 3 skup dengan air 250ml - 300 ml, ikut suka), 1x sebelum/selepas tarawikh/sebelum tidur, dan 1x semasa sahur (yg last boleh amik 2 skup jelah, sbb nak cukupkan 8 skup je sehari).. :)
Dah ada beberapa testimoni yang sms (walaupun baru 3 hari berpuasa =) ) bagitahu, sebelum ni bila bulan puasa susah nak turunkan berat badan (ada jg yang naik berat badan ketika bulan puasa, mcm saya sendiri sebelum ni ;p), tapi sejak minum SDII ni, berat still jg turun, walaupun time berbuka tu still amik jg kuih2 yang manis (karbohidrat) tu serba sedikit.. Wow, memang best lah kan.. :) Yelah, tahap metabolisme anda mungkin dah meningkat kerana dah mula mengamalkan SDII sebelum ni, jadi walaupun dengan mengambil karbohidrat ketika bulan puasa ni, jadi pembakaran lemak masih boleh berlaku, sebab tu berat badan still boleh maintain ataupun semakin turun.. Chaiyo2.. :)

Wednesday, 2 March 2011
Bacalah Label Pemakanan Terlebih Dahulu...
Apabila penurunan berat badan terlalu perlahan, atau ketosick masih menjadi putih, ada kemungkinan ada kabohidrat tersembunyi yg terkandung dlm pemakanan anda.
Belajarlah mengira berapa kandungan Kabohidrat @ Net Carbs yg boleh di makan dalam sehari. Setiap kali sebelum membeli makanan di pasaraya, bacalah label pemakanan yang terdapat di belakang setiap bungkusan makanan itu.
Kabo bersih = Jumlah kabo - Dietary Fiber
Contoh pengiraan (sos cili Life):
Serving Size (1 Table Spoon)
Total Carbohydrate 63g
- Dietary Fibre 10g
- Sugar 17g
Jumlah Kabo bersih = 63g - 10g = 53g
Maka, dengan ini boleh lah dirumuskan bahawa, dengan memakan hanya 1 sudu besar sos cili, jumlah kabo bersih yang kita makan adalah 53g, iaitu telah melebihi kadar yang kita boleh makan, iaitu 35g sehari, supaya badan masih membakar lemak.
Wpun fiber juga adalah dr kandungan kabohidrat, tetapi ia tidak memberi kesan trhadap kandungan gula dalam darah kita. Maka dgn itu, ia boleh ditolak dari jumlah keseluruhan kabo. Apabila anda telah pandai mengira jumlah Kabo Bersih, maka anda tidaklah perlu bersusah payah bertanya sangat kepada orang lain adakah sesuatu itu boleh di makan atau tidak.
Source : Siri Bimbingan SDII - Volume I : oleh Kamarul Nordin
Labels:
2.Cara-Cara
Wednesday, 16 February 2011
Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)
Badan berasid
Anda mungkin tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai asid dalam badan yang tinggi, maka badan anda akan melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya, iaitu dengan menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.
Cara mengatasinya?
Minum cuka epal adalah satu cara untuk mengekalkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka epal juga dapat membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), dan mempercepatkan metabolisme untuk menyingkir lemak terkumpul di badan anda.
Cuba mengambil SD2 dengan cuka epal (biasanya diambil sekali sehari selepas sarapan pagi) dan diharapkan keto stick anda menjadi pink dengan cepat.

Tuesday, 15 February 2011
Cadangan Menu Pemakanan
Sarapan
1. Telur - rebus, scrambled, mata kerbau, separuh masak, omelet (+ sosej, bawang, capsicum & tomato)
2. Sosej - rebus, grill, slice kecil & goreng
3. daging burger - daging/ayam
4. Ayam kukus berempah
5. Fish finger/fillet - cari yg chunky kurang tepung
Makan Tengahari/ Makan Malam
1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, sayur hijau
2. Chicken chop/lamb chop/ steak (kurangkan kuah, jgn ambil sos & kentang)
3. Yong taufu (tanpa kuey teow) dengan kuah sup (bukan dengan kuah coklat yg manis)
4. Sup atau Tomyam ayam/daging/tulang/makanan laut dengan sayur
5. Sate ayam/lembu/daging/perut (kurangkan kuah & jgn makan nasi impit)
6. Tauhu bakar & sotong kangkung
7. Ikan bakar/kukus (nak makan brapa ekor pun boleh)
Snek
1. Tempe/ikan bilis goreng dgn sedikit bawang & cili potong (jgn ambil terlalu byk kerana tempe masih ada sedikit kabo)
2. Nugget ayam, drummet, fish fingers (lihat nutrisi pemakanan - jumlah pengambilan kabo dalam sehari tidak melebihi 35g)
Nota:
1. Makanan yg diproses seperti sosej, daging burger, fish fingers, nugget ayam, drummet, dsb masih mempunyai kabo kira-kira 4g sekeping, dan berbeza-beza mengikut jenama.
2. Makanan dari bahan soya (tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dsb masih ada 30g kabo bg setiap 100g makanan.
3. Jangan ambil lebih dari 35g kabo sehari untuk badan masih membakar lemak.
4. Perhatikan kabo tersembunyi di dalam kuah black pepper, mushroom sos, sos cili/tomato, kuah/gravy untuk steak/lamb&chicken chop.
5. Buah-buahan juga ada kabo yg tinggi. Elakkan dulu semasa berdiet.

Peraturan Penting Diet SDII
Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD II? Ikutlah peraturan-peraturan di bawah ini untuk memastikan program diet anda ini berjaya.
1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN
Makan 3 kali sehari dgn saiz sederhana atau 4 - 5 kali sehari, tetapi dengan kuantiti yang kecil pada setiap pengambilan.
2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA
Boleh juga mengambil snek setiap 4 jam (bawalah sosej rebus/ telur rebus/ telur hancur sebagai bekalan) atau makan setiap kali anda merasa lapar.
3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dgn selesa dan bukan terlalu kenyang. Juga supplement dengan memakan SDII sebanyak 2 skop sebanyak 4 kali sehari.
4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI
Ada juga yang berpendapat mengatakan tidak boleh melebihi antara 20 - 35 gram karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Tahap Kritikal Karbohidrat untuk pembakaran lemak yang berbeza-beza. Sebenarnya 35 grams karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada di dalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari. Walaubagaimanapun, untuk kesan yg drastik, cuba tinggalkan kesemua kabohidrat dan gula untuk 7 hari - 14 hari pertama berdiet.
5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET
Boleh makan sayuran hijau (tak berkanji), tomato dan buah avocado yang rendah karbohidrat.
6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER AIR KOSONG SETIAP HARI
Kumuhan atau sisa pembakaran lemak iaitu ketone perlu dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Sekiranya kurang dari 2 liter, sisa pembakaran lemak tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan berat badan anda tidak akan turun.
7. HINDARI MINUMAN BERKEFEIN SEPERTI KOFEE, TEA DAN MINUMAN RINGAN DAN BERGAS
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.
8. KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1 GRAM NET KARBOHIDRAT
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Berhenti terus minuman manis, bergas dan bergula.
9. JIKA ANDA MAKAN DI LUAR, BERHATI-HATI DENGAN KABOHIDRAT YG TERSEMBUNYI
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings. Sos cili dan tomato mengandungi karbohidrat yg tinggi.
10. JANGAN MENYANGKA SEMUA MAKANAN MEMPUNYAI KARBOHIDRAT YG RENDAH
Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter) untuk memastikan anda tidak memakan lebih dari 35g karbohidrat sehari supaya badan anda masih boleh membakar lemak terkumpul.
Source : Siri Bimbingan SDII - Volume I : oleh Kamarul Nordin
Labels:
2.Cara-Cara
Monday, 14 February 2011
Senarai Pemakanan
APA YANG ANDA BOLEH MAKAN ?
(Digalakkan untuk makan. Boleh masak mengikut apa cara kesukaan anda)
Ayam, Daging Lembu/Kambing, Itik, Ikan, Udang, Ketam, Sotong, Telur, Buah Avocado & Zaitun, Sayur-sayuran Hijau bukan ubi, Produk soya yang rendah karbohidrat, Keju yang rendah karbohidrat, Air teh hijau yg tak berkafein serta tiada gula, Air kosong /Ais, Lain-Lain Makanan Berprotein sahaja.
APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
(Dilarang makan untuk kesan yang optimum. Pengambilan yang sedikit juga akan melambatkan penurunan berat badan)
Nasi, Mee, Pasta, Roti, Biskut, Gandum/Oat/Nestum, Sayuran berubi, Alkohol, Kafein (Kopi/Teh), Minuman Ringan Minuman Diet (Sodium), Buah-Buahan (terutamanya durian dan pisang), Susu, Gula-Gula (Manisan), Gula, Lain-Lain Makanan Berkarbohidrat serta bergula.
Anda masih boleh mengambil makanan-makanan yang dilarang ini secara sederhana sekiranya anda tidak perlu menurunkan berat badan dengan cepat. Walaubagaimanapun, untuk kesan yang optimum, tinggalkan lah segala larangan tersebut sementara berdiet.
PERINGATAN PENTING : JANGAN SESEKALI BERLAPAR APABILA MENGAMBIL PRODUK INI!! APABILA BERLAPAR, BADAN ANDA TIDAK AKAN MENGHASILKAN TENAGA UNTUK MEMBAKAR LEMAK!! MAKANLAH SEDIKIT2 TETAPI DENGAN KADAR YG KERAP UTK MENGELAKKAN ANDA LAPAR.. ATAU BAWALAH BEKALAN APABILA ANDA KELUAR/SEMASA BERADA DI PEJABAT...

Cara Pengambilan SD II
- Goncang SD II anda sebelum buka. (Beberapa nutrien khusus kepada penyelesaian semasa penggunaan).
- Campurkan 2 skup SDII ke dalam 200 - 250 ml air sejuk. Goncang shaker sehingga larut dan minum.
- Minum SDII 4 kali sehari sebelum/selepas sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam atau supper (atau bila2 masa sahaja sesuai dengan jadual anda, asalkan cukup 4x sehari).
- Makan hanya dari senarai makanan (lauk-lauk sahaja, tinggalkan makanan berkarbohidrat dan gula). Makanan ini perlu dipilih dengan berhati-hati untuk memastikan penurunan berat badan yang maksimum dan efisien.
- Anda mesti mempunyai minimum 20 gram karbohidrat sehari daripada senarai makanan anda, tetapi jumlah keseluruhan kabo anda mesti tidak melebihi 35 gram sehari untuk badan masih membakar lemak..
- Minum minimum 2 liter air sehari. Lebih banyak air lebih bagus, supaya lebih senang badan anda memproses keluar lemak-lemak yang tersimpan itu.
- Untuk kesan yang lebih drastik, lakukan senaman secara berterusan selama 30 minit sehari (jika tidak berkesempatan, memadai dengan berjalan turun naik tangga, atau skipping, atau berkejar-kejaran dengan anak-anak.. ^=^)
- Periksa Tahap Kritikal Karbohidrat anda dengan Uriscan (Keto Stick) setiap hari.
- Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya - jangan menipu diri anda! Tiada siapa yang akan rugi jika menipu, kecuali diri anda sendiri...
HARGA :
RM144 (Semenanjung Malaysia)
RM153 (Sabah & Sarawak)
KEAHLIAN PERCUMA DENGAN 4 TIN SDII
PADA HARGA RM482* (Semenanjung Malaysia)
@ RM520* (Sabah & Sarawak) &
* Tidak termasuk pos
REBUT PELUANG INI SEKARANG!!!!
Labels:
2.Cara-Cara
Keto Sticks
Keto Stick digunakan untuk menguji air kencing dengan mengukur jumlah ketone, iaitu kumuhan pembakaran lemak di badan. Cara penggunaan : Rendamkan pada air kencing dan biarkan selama 1 minit. Lihat jika ada perubahan warna.
Warna putih - tiada pembakaran lemak berlaku. Anda masih memakan banyak karbohidrat.
Warna pink - pembakaran lemak sedang berlaku secara optimum.
Warna pink gelap/ ungu - badan anda tidak cukup air dan/atau karbohidrat. Pastikan air yang diminum adalah sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan/atau tambahkan pengambilan karbohidrat sedikit supaya keto stick kembali pink.
Selepas hari ke-3 berdiet dengan SDII, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan air kencing dengan Keto Stick. Bacaannya seharusnya berwarna merah jambu untuk keputusan terbaik, iaitu pembakaran lemak sedang berlaku dengan optimum.
Sekiranya pemeriksaan air kencing dilakukan pada waktu pagi, ia mengukur kadar pembakaran lemak anda bagi pengambilan makanan anda pada malam sebelumnya. Manakala sekiranya pemeriksaan dilakukan pada sebelum minum petang, ianya mengukur pemakanan anda pada sebelah pagi yang sama. Dengan keto stick, anda tidak boleh menipu diri sendiri kerana hasilnya akan kelihatan dengan jelas di situ.
Untuk beberapa hari pertama diet, teruskan pengambilan karbohidrat anda yang paling minimum supaya anda akan mendapat ketosis dengan cepat. Walau bagaimanapun, memandangkan kadar metabolisme adalah berbeza-beza bagi setiap individu, maka anda haruslah menguji air kencing anda setiap hari untuk anda mencari Tahap Kritikal Karbohidrat anda sendiri. Sekiranya masih berwarna putih, maka anda harus mengurangkan lagi kadar pengambilan kabohidrat supaya badan anda masih membakar lemak. Sekiranya sudah berwarna pink, anda boleh mengujinya dengan menambahkan kabohidrat yang di ambil secara sedikit demi sedikit, untuk mengenal pasti Tahap Kritikal Kabohidrat anda sendiri.
Harga Keto Stick : RM27 (Terdapat 50 keping untuk 50x ujian)
Labels:
2.Cara-Cara
Subscribe to:
Posts (Atom)