Friday, 4 March 2011

Kenapa ketika berdiet SD2 saya selalu rasa lapar, selera nak makan bertambah dan apakah yang boleh saya lakukan ?

This article was written by Kamarul Nordin in his notes on Thursday, February 24, 2011 at 10:10am
- Thank you En Kamarul.. - ^_^

Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza.


Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang berbeza) ketika berdiet SD2, maka anda patut merasa gembira kerana injin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa. Apabila kita masih kurang makan untuk mengalas perut kita, maka badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu, pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan kerana ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga tahap kandungan karbohidrat didalam makanan yang kita ambil tidak melebihi 35 gm sehari.


Namun begitu, SELERA makan anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang menyebabkan kandungan gula didalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan) yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan atau craving. Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan manakah yang mengandungi gula atau bijiran yang telah diproses yang telah anda makan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil protien serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka pergilah makan lagi kerana  ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Apabila anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang.


Jika anda masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan anda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...