Sebenarnya dengan diet SDII, anda masih boleh mengambil 20g karbohidrat (karbo) - 35gm sehari (bergantung kepada individu). Tetapi untuk kesan yang lebih drastik, dinasihatkan untuk anda mengurangkan pengambilan kabo seminimum yang mungkin ketika tempoh berpantang (1-2 minggu pertama).
Setelah ketostick anda berwarna pink, anda sudah boleh mula untuk mencuba ("try and error") apakah tahap karbo yang boleh anda ambil untuk badan anda masih membakar lemak dengan optimum. Sekiranya ketostick anda masih pink walaupun setelah memakan 2 keping roti, atau separuh pinggan nasi, itu bermaksud tahap metabolisme anda sudah tinggi dan berupaya untuk membakar pengambilan karbo itu. Tetapi, seeloknya untuk anda try and error tu, ambillah secara sedikit demi sedikit.. Janganlah pula untuk mencuba, anda memakan sepinggan nasi penuh dengan segelas nescafe pula.. Khuatir juga ketostick anda akan terus luntur warna nanti.. ;p
P/S : Sedaplah pulak nampak nasi ayam ni.. ;p Setelah dapat berat ideal anda, bolehlah makan beberapa sudu nasi ni sekali ye.. Buat masa skarang, makan lah ayam dgn sup tu aje.. :) Sos tu memang a definitely no, no & no.....
No comments:
Post a Comment