Friday 18 March 2011

BMI Kalkulator

Berat badan adalah pengaruh besar terhadap kesihatan sepanjang hidup. Orang obesiti umumnya kurang sihat dan lebih terdedah kepada penyakit seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung, penyakit hempedu dan radang sendi. Timbang diri anda secara teratur dan ketahuilah berat badan anda yang sepatutnya. Timbang diri anda sekurang-kurangnya dua kali sebulan, pada masa yang sama (seelok-eloknya pada waktu pagi) dengan memakai pakaian yang ringan/nipis. Anda boleh mengukur Body Mass Index (BMI) dengan menggunakan formula berikut:
 
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
 
Anda boleh menyemak status berat badan anda dengan menggunakan Kalkulator BMI di bawah ini. Rentang BMI dikehendaki untuk dewasa (berusia 18 tahun ke atas) adalah antara 18.5 dan 25. 


  • Jika anda BMI Kurang dari 18.5, anda kurus





  • Jika anda BMI 18,5 untuk kurang daripada 25, berat badan yang dikehendaki





  • Jika anda BMI 25 hingga kurang dari 30, anda kelebihan berat badan





  • Jika anda BMI 30 atau lebih, anda mengalami obesiti





  •  
    - English Version -
    (*P/S : takut pening baca translation tu lah.. ;p) 
     
    Body weight is a major influence on helath throughout life. Obese people are generally less healthy and are more prone to illness such as diabetes, hypertension, heart diseases, gall bladder diseases and arthritis. Weigh yourself regularly and know your desirable body weight. Weight yourself regularly and know your desirable body weight. Weight yourself at least twice a month at the same time of the day wearing light clothing. You can calculate your Body Mass Index (BMI) by using the following formula:
     
    BMI = Weight (kg) / [Height (m) x Height (m)] You can check your weight status by using the BMI Calculator below.  The desirable BMI range for adult (aged 18 and above) is between 18.5 and 25.
    • If Your BMI is Less than 18.5, you are underweight
    • If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable
    • If Your BMI is 25 to less than 30, you are overweight
    • If Your BMI is 30 or more, you are obese 

    Friday 4 March 2011

    Pil Perancang, Apa Kesannya Terhadap Diet Ini?

    Berdasarkan kajian klinikal dan pengalaman pengguna, tiada sebarang kesulitan yang berlaku. Namun begitu, oleh kerana kebanyakan pil perancang mengandungi estrogen, maka sudah pasti ini akan menggangu penurunan berat badan anda apabila menjalani program diet SD II ini.

    Estrogen akan menyebabkan lebih banyak lemak tersimpan di dalam tisu badan anda daripada ia dibakar sebagai tenaga. Ianya menyebabkan rintangan insulin, dan inilah puncanya anda susah untuk menurunkan berat badan. Estrogen juga merendahkan fungsi tiroid anda, yang sememangnya diperlukan untuk mengekalkan tahap metabolisme yang sihat untuk pembakaran lemak.

    Oleh itu, sekiranya anda tiada pilihan lain selain dari memakan pil perancang, anda perlu sedar dan bersedia bahawa pembakaran lemak anda lebih perlahan. Maka anda perlu lebih teliti dan megurangkan lagi jumlah karbohidrat yang anda ambil sehari supaya kurang dari 20 gram, untuk badan anda masih dapat membakar lemak. 


    Source : Siri Bimbingan SD II - Volume I oleh Kamarul Nordin

    Period - kenapa berat tak turun atau perlahan dari biasa??

    Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang hal ini.. Sememangnya apabila kita datang bulan (period), hormon kita tidak seperti sediakala. Maka, kadar pembakaran lemak adalah lebih perlahan daripada biasa. Jadi, saya serahkan kepada diri anda sendiri, samada untuk terus minum SDII ketika period, atau boleh juga tinggalkan sekejap SDII ketika ini. Tetapi, walaupun tidak meminum SDII ketika period, janganlah pula mengulangi tabiat pemakanan yang telah anda tinggalkan itu. Seharusnya anda harus menjaga pemakanan seperti biasa supaya badan anda konsisten dan juga dapat membiasakan diri dengan diet Karbo ini. Setelah period anda tamat, maka bolehlah anda teruskannya seperti biasa.

    Kenapa ketika berdiet SD2 saya selalu rasa lapar, selera nak makan bertambah dan apakah yang boleh saya lakukan ?

    This article was written by Kamarul Nordin in his notes on Thursday, February 24, 2011 at 10:10am
    - Thank you En Kamarul.. - ^_^

    Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza.


    Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang berbeza) ketika berdiet SD2, maka anda patut merasa gembira kerana injin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa. Apabila kita masih kurang makan untuk mengalas perut kita, maka badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu, pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan kerana ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga tahap kandungan karbohidrat didalam makanan yang kita ambil tidak melebihi 35 gm sehari.


    Namun begitu, SELERA makan anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang menyebabkan kandungan gula didalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan) yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan atau craving. Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan manakah yang mengandungi gula atau bijiran yang telah diproses yang telah anda makan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil protien serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka pergilah makan lagi kerana  ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Apabila anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang.


    Jika anda masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan anda. 

    Obesiti di Malaysia...

    ARKIB : 05/05/2010 - Utusan Online

    Budaya makan waktu malam punca obesiti



    <></>

    <>
    </></></></></>

    Kewujudan warung dan restoran Mamak yang dibuka 24 jam mendorong kepada budaya makan waktu malam. - Gambar hiasan

    TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.

    Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'. Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

    Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia. Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.
    Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

    Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera. Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia. Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

    Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

    Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan. Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam. Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

    Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol. Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori). Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

    Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit. Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya. "Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan. "Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.

    Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996. Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti. Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006. Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat. Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

    Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti. Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini. Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur. Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam. Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.

    ''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam. ''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit. "Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis. ''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap. ''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.

    "Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot. ''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan. ''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman. "Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.

    Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti. Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini. Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

    Thursday 3 March 2011

    Kulit Yang Lebih Cantik & Badan Yang Sihat..

    Pada umumnya, pengamal diet SDII sering memberi komen tentang peningkatan corak kulit dan warna kulit mereka. Mereka biasanya berkata, bukan sahaja badan menjadi kurus, sihat dan tidak menggelebeh, malah kulitnya juga lebih cantik dan berseri-seri. Jawapannya sungguh mudah, iaitu : pemakanan yang betul dan peningkatan pengambilan air. Malah, produk ini juga adalah berasaskan soya, yang sememangnya salah satu medium utama yang digunakan untuk mencantikkan kulit.

    Selain itu, pengamal SDII juga tidak akan kelihatan lesu dan cengkung kerana kandungan zat makanan dan jumlah protein yang baik di dalam program diet ini memelihara protein badan. Muka yang lesu selalunya disebabkan mereka menahan lapar ataupun kehilangan berat badan akibat penyakit. Dengan SDII, anda tidak perlu menjauhkan diri anda daripada apa-apa kecuali kalori.

    Adakah Sakit Kepala Mungkin Akan Berlaku?

    Kemungkinannya ada, terutamanya bagi penggemar kafein. Ini mungkin disebabkan pengeluaran kafein daripada badan anda yang telah biasa dengan kafein, atau anda mungkin kekurangan air. Minum banyak air masak untuk mengelakkan anda sakit kepala.

    Wednesday 2 March 2011

    Bacalah Label Pemakanan Terlebih Dahulu...

    Apabila penurunan berat badan terlalu perlahan, atau ketosick masih menjadi putih, ada kemungkinan ada kabohidrat tersembunyi yg terkandung dlm pemakanan anda.

    Belajarlah mengira berapa kandungan Kabohidrat @ Net Carbs yg boleh di makan dalam sehari. Setiap kali sebelum membeli makanan di pasaraya, bacalah label pemakanan yang terdapat di belakang setiap bungkusan makanan itu.

    Kabo bersih = Jumlah kabo - Dietary Fiber

    Contoh pengiraan (sos cili Life):
    Serving Size (1 Table Spoon)
    Total Carbohydrate 63g
    - Dietary Fibre 10g
    - Sugar 17g

    Jumlah Kabo bersih = 63g - 10g = 53g

    Maka, dengan ini boleh lah dirumuskan bahawa, dengan memakan hanya 1 sudu besar sos cili, jumlah kabo bersih yang kita makan adalah 53g, iaitu telah melebihi kadar yang kita boleh makan, iaitu 35g sehari, supaya badan masih membakar lemak.

    Wpun fiber juga adalah dr kandungan kabohidrat, tetapi ia tidak memberi kesan trhadap kandungan gula dalam darah kita. Maka dgn itu, ia boleh ditolak dari jumlah keseluruhan kabo. Apabila anda telah pandai mengira jumlah Kabo Bersih, maka anda tidaklah perlu bersusah payah bertanya sangat kepada orang lain adakah sesuatu itu boleh di makan atau tidak.

    Source : Siri Bimbingan SDII - Volume I : oleh Kamarul Nordin

    Pengambilan Karbohidrat...

    Sebenarnya dengan diet SDII, anda masih boleh mengambil 20g karbohidrat (karbo) - 35gm sehari (bergantung kepada individu). Tetapi untuk kesan yang lebih drastik, dinasihatkan untuk anda mengurangkan pengambilan kabo seminimum yang mungkin ketika tempoh berpantang (1-2 minggu pertama).

    Setelah ketostick anda berwarna pink, anda sudah boleh mula untuk mencuba ("try and error") apakah tahap karbo yang boleh anda ambil untuk badan anda masih membakar lemak dengan optimum. Sekiranya ketostick anda masih pink walaupun setelah memakan 2 keping roti, atau separuh pinggan nasi, itu bermaksud tahap metabolisme anda sudah tinggi dan berupaya untuk membakar pengambilan karbo itu. Tetapi, seeloknya untuk anda try and error tu, ambillah secara sedikit demi sedikit.. Janganlah pula untuk mencuba, anda memakan sepinggan nasi penuh dengan segelas nescafe pula.. Khuatir juga ketostick anda akan terus luntur warna nanti.. ;p

    P/S : Sedaplah pulak nampak nasi ayam ni.. ;p Setelah dapat berat ideal anda, bolehlah makan beberapa sudu nasi ni sekali ye.. Buat masa skarang, makan lah ayam dgn sup tu aje.. :) Sos tu memang a definitely no, no & no.....

    Studies suggest Atkins diet is safe!!


    Studies suggest Atkins diet is safe

    NEW YORK, Feb 18 (Reuters Health) - The extremely carbohydrate-restricted Atkins diet is a safe, effective way to lose weight, according to studies presented at the Southern Society of General Internal Medicine in New Orleans.

    A study of the diet conducted at the Durham VA Medical Center in North Carolina showed that on average, mildly obese people lost about 21 pounds in four months on the diet, and had positive changes in heart risk factors such as reduced cholesterol and increased HDL or "good cholesterol." These results are supported by a second study from researchers at the Atkins Center for Complementary Medicine in New York.

    The Durham study included 41 mildly obese, healthy people who attended an outpatient clinic. The study participants followed a program that reduced carbohydrate intake to less than 20 grams per day, and included vitamin supplements, fish oil supplements and 20 minutes of exercise at least three times per week.

    Over four months on the diet, the participants lost an average of 21.3 pounds, and showed a 6.1% drop in cholesterol, and almost a 40% drop in the level of triglycerides in their blood. In addition, their HDL levels increased by about 7%.

    In a press release, the researchers also say that their study did not find any of the safety concerns voiced by the American Dietetic Association, such as potentially dangerous effects on liver and kidney function.

    "In four short months on the Atkins Diet, we were able to confirm scientifically what Dr. Atkins states he has seen in his practice over the past decades. The diet lowers cholesterol and triglycerides and raises HDL... which may represent an entirely new approach to the control and prevention of heart disease," said lead researcher Dr. Eric C. Westman, assistant professor of medicine at North Carolina's Duke University.

    The study is continuing in order to assess the long-term effects of the diet.

    Reporting the results of the second study, Colette Heimowitz, director of nutrition at the Atkins Center in New York, said that it was based on 319 overweight or obese patients treated at the Center for at least a year. Investigators collected information on weight, blood pressure, cholesterol, kidney and liver function and other parameters during the study.

    "What we found is what we already knew from anecdotal data," Heimowitz told Reuters Health in an interview after the meeting on Friday. "There were some pretty impressive benefits in body composition, HDL levels went up, LDL levels went down and blood pressure decreased," she reported. Where HDL is the good cholesterol for its association with reduced heart risk, LDL has earned the name of being the "bad" cholesterol because high levels are associated with heart disease.

    "We now have data for the scientific community" on the healthful benefits of the Atkins diet, Heimowitz asserted.

    The Atkins diet severely restricts carbohydrate intake to induce a state of ketosis, or metabolic starvation. Dieters are encouraged to measure urinary ketone excretion as an indication of how effective the diet is in inducing fat breakdown. "Ketosis is a benign byproduct of fat burning," Heimowitz asserted. "With an adequate protein and fat intake, there is no loss of muscle mass...There is no change in (blood) pH if the diet is properly done," she said.

    However the diet is not for everyone, Heimowitz warned. "It's for those who need a correction in their sugar and carbohydrate metabolism...We encourage (vitamin) supplementation and an intake of 'good' fats, such as fish oil," Heimowitz commented.


    Sources : http://www.lowcarb.ca/articles/article148.html
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...