Wednesday 2 March 2011

Bacalah Label Pemakanan Terlebih Dahulu...

Apabila penurunan berat badan terlalu perlahan, atau ketosick masih menjadi putih, ada kemungkinan ada kabohidrat tersembunyi yg terkandung dlm pemakanan anda.

Belajarlah mengira berapa kandungan Kabohidrat @ Net Carbs yg boleh di makan dalam sehari. Setiap kali sebelum membeli makanan di pasaraya, bacalah label pemakanan yang terdapat di belakang setiap bungkusan makanan itu.

Kabo bersih = Jumlah kabo - Dietary Fiber

Contoh pengiraan (sos cili Life):
Serving Size (1 Table Spoon)
Total Carbohydrate 63g
- Dietary Fibre 10g
- Sugar 17g

Jumlah Kabo bersih = 63g - 10g = 53g

Maka, dengan ini boleh lah dirumuskan bahawa, dengan memakan hanya 1 sudu besar sos cili, jumlah kabo bersih yang kita makan adalah 53g, iaitu telah melebihi kadar yang kita boleh makan, iaitu 35g sehari, supaya badan masih membakar lemak.

Wpun fiber juga adalah dr kandungan kabohidrat, tetapi ia tidak memberi kesan trhadap kandungan gula dalam darah kita. Maka dgn itu, ia boleh ditolak dari jumlah keseluruhan kabo. Apabila anda telah pandai mengira jumlah Kabo Bersih, maka anda tidaklah perlu bersusah payah bertanya sangat kepada orang lain adakah sesuatu itu boleh di makan atau tidak.

Source : Siri Bimbingan SDII - Volume I : oleh Kamarul Nordin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...