Labels

Showing posts with label 7.Q and A. Show all posts
Showing posts with label 7.Q and A. Show all posts

Saturday, 3 November 2012

KG vs Inci??

Manusia diciptakan dengan kadar metabolisma yang berbeza. Oleh itu, setiap penurunan yang berjaya diperolehi oleh individu juga adalah berbeza. Berbeza dari segi apa..?
1. Berat (KG)
2. Ukur lilit (inci / cm)


Disebabkan oleh faktor ini, ada juga testimoni yang tidak memperolehi penurunan yang banyak, TETAPI mendapati ukur lilit (peha, lengan, perut, leher & pinggang) semakin mengecil. Dan sebab itu lah, ramai yang telah berjaya memakai semula baju / seluar lama yang sebelum ini SENDAT & KETAT..!
Ini adalah contoh testimoni tentang kg vs inci ni.. 2nd week wpun hanya turun 1 kg tp inci ternyata memang mengecik.. Oleh itu sebelum minum ALSDII ni, selain dari timbang berat anda, pastikan anda ukurlilit juga badan anda sepertimana terdapat di dalam buku panduan tu ye.. : )

Anda ada byk soalan untuk saya? Cepat! Boleh hubungi/pm/sms/whatsapp Dieyna at 012-6299232 @ e-mail : dieyna.newimage@gmail.com for more info ;)

Tuesday, 6 December 2011

Air Masak ~ Berapa Banyak Kena Minum?

Salam..

Dah agak lama xsempat update blog ni.. Arini agak free, so blhlah update sket2.. :) Ok, ramai jgk yg tanya pasal air masak ni.. Kebetulan ada jumpa 1 tips yang agak menarik pasal air masak @ plain water ni..

Kebiasaannya, air masak yang diperlukan adalah lebih kurang 2 liter sehari untuk setiap orang, untuk fungsi badan kita berfungsi dengan betul. Walaubagaimanapun, ada 1 tips ni menyatakan, kalau nak tau brapa banyak jumlah air masak yang diperlukan, kena bahagikan berat badan kita dengan 25..

Contohnya, macam saya ni, berat 54kg / 25 = 2.16. Jadi maksudnya, badan saya memerlukan 2.16 liter air sehari baru lah badan kita memproses dengan betul, dan secara x langsung, membuang toksik2 atau lemak2 yang xdiperlukan itu, lebih2 lg bila menggunakan SDII ni..

Selamat mencuba.. :)

Thursday, 13 October 2011

Penurunan Berat Badan Yg Perlahan @ Mendatar??

Sesetengah pihak mengadu penurunan berat badan yang perlahan @ mendatar setelah agak beberapa lama mengamalkan SDII. Ini bermakna tahap metabolisma anda berkemungkinan lebih rendah daripada orang lain, jadi badan anda lebih perlahan membakar simpanan lemak daripada org lain. Kadangkala juga berlaku masalah sekatan pembakaran lemak menyebabkan berat anda tidak turun langusung, menyebabkan anda berasa kecewa. Mungkin anda harus menyemak kembali beberapa perkara berikut:
  1. Karbohidrat tersembunyi - Perhtaikan karbo tersembunyi seperti salad dressing, kekacang, sos cili/tomato, kuah makanan (gravy) utk chicken/lamb chop, buah2an. Gunakan ketostick dgn lbh kerap utk memastikan anda tiada mengambil karbohidrat yang tinggi. Jika ketostick masih putih, ini bermaksud kandungan karbohidrat yang anda ambil masih tinggi, maka SDII tidak dapat membakar lemak anda.
  2. Masih berlapar, atau meninggalkan waktu makan - Anda tidak boleh berlapar ketika mengikuti program ini. Makanlah 3x sehari, atau 4-5 x sehari, tetapi dgn saiz yang sederhana (makan dengan kerap tetapi sedehana). Mengurangkan makanan @ terlalu lama tidak makan (lebih 6 jam) menyebabkan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, lesu, menggigil dan kelaparan sehingga memungkinkan sakit kepala atau gastrik. Berlapar juga menyebabkan badan anda membakar lemak lebih perlahan.
  3. Ubat-ubatan @ supplement - Cuba semak ubat2an yg anda ambil, yg berkemungkinan mpy kandungan karbo yg tinggi.
  4. Bersenam - Pada tahap ini anda mungkin perlu pergi bersenam, sekurang2nya 20-30 minit senaman ringan sehari. Ini dapat menyelesaikan masalah sekatan pembakaran lemak.
  5. Kurangkan terlalu byk pemakanan berprotein pada satu masa - Cuba makan dengan saiz yg sederhana tetapi kerap kali (4-5x sehari), supaya berasa puas tetapi tidak terlalu kenyang. Ini kerana terlalu byk protein pada satu masa juga akan menyebabkan protein menjadi gula di dalam darah & proses ini akan mengganggu pembakaran lemak. Makanlah dgn lebih perlahan utk memudahkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Sekiranya tidak yakin berapa bykkah yang perlu anda makan, cuba kurangkan kuantiti yg anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda x lagi berasa lapar, maka anda akan tahu beza di antara tabiat makan yang buruk atau lapar yg sebenar.
  6. 2 liter air sehari - Pastikan anda minum sekurang2nya 2 liter air sehari. Selain mengatasi masalah sembelit, ia juga dapat membezakan adakah anda betul2 lapar @ cuma dahaga. Kadangkala anda berasa lapar, sedangkan apa yg diperlukan hanyalah sekadar minuman. Air juga diperlukan untuk tindakbalas pembakaran optima dan pembuangan kumuhan pembakaran.
  7. Period - Tindakbalas kimia mengurangkan kadar pembakaran lemak @ utk sesetengah individu, tiada pembakaran lgsung ketika ini. Berat badan xakan turun & keto stick memang akan sentiasa putih ketika ini. Tetapi anda juga digalakkan untuk terus meminum SDII untuk mendapatkan kulit yang cantik dari proetin soya itu.
  8. Sembelit, lakukan yang sewajarnya - Minumlah air yg banyak, makanlah banyak sayuran & tambahkan fiber atau physillium husk (yg xberperisa) ke dalam minuman anda. Sembelit menyebabkan anda berasa sembab, & lemah utk melakukan senaman.
  9. Jangan terlebih makan pemanis tiruan - Setiap paket pemanis tiruan mengandungi sekurang2nya 1 gm karbo. Jangan mengambil >3 paket sehari. Sesetengah org menghadapi masalah utk menghilangkan ketagihan karbohidrat apabila memakan pemanis tiruan.
  10. Kaffein - Kadangkala kaffein berlebihan seperti di dalam kopi, teh & cola memberi kesan kpd kandungan gula di dlm darah & menyebabkan anda sentiasa ketagihan gula. Mungkin anda perlu beralih kepada minuman decaf tanpa gula.
Sumber : Siri Bimbingan SDII - Vol. 1 oleh Kamarul Nordin

Friday, 4 March 2011

Pil Perancang, Apa Kesannya Terhadap Diet Ini?

Berdasarkan kajian klinikal dan pengalaman pengguna, tiada sebarang kesulitan yang berlaku. Namun begitu, oleh kerana kebanyakan pil perancang mengandungi estrogen, maka sudah pasti ini akan menggangu penurunan berat badan anda apabila menjalani program diet SD II ini.

Estrogen akan menyebabkan lebih banyak lemak tersimpan di dalam tisu badan anda daripada ia dibakar sebagai tenaga. Ianya menyebabkan rintangan insulin, dan inilah puncanya anda susah untuk menurunkan berat badan. Estrogen juga merendahkan fungsi tiroid anda, yang sememangnya diperlukan untuk mengekalkan tahap metabolisme yang sihat untuk pembakaran lemak.

Oleh itu, sekiranya anda tiada pilihan lain selain dari memakan pil perancang, anda perlu sedar dan bersedia bahawa pembakaran lemak anda lebih perlahan. Maka anda perlu lebih teliti dan megurangkan lagi jumlah karbohidrat yang anda ambil sehari supaya kurang dari 20 gram, untuk badan anda masih dapat membakar lemak. 


Source : Siri Bimbingan SD II - Volume I oleh Kamarul Nordin

Period - kenapa berat tak turun atau perlahan dari biasa??

Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang hal ini.. Sememangnya apabila kita datang bulan (period), hormon kita tidak seperti sediakala. Maka, kadar pembakaran lemak adalah lebih perlahan daripada biasa. Jadi, saya serahkan kepada diri anda sendiri, samada untuk terus minum SDII ketika period, atau boleh juga tinggalkan sekejap SDII ketika ini. Tetapi, walaupun tidak meminum SDII ketika period, janganlah pula mengulangi tabiat pemakanan yang telah anda tinggalkan itu. Seharusnya anda harus menjaga pemakanan seperti biasa supaya badan anda konsisten dan juga dapat membiasakan diri dengan diet Karbo ini. Setelah period anda tamat, maka bolehlah anda teruskannya seperti biasa.

Kenapa ketika berdiet SD2 saya selalu rasa lapar, selera nak makan bertambah dan apakah yang boleh saya lakukan ?

This article was written by Kamarul Nordin in his notes on Thursday, February 24, 2011 at 10:10am
- Thank you En Kamarul.. - ^_^

Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza.


Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang berbeza) ketika berdiet SD2, maka anda patut merasa gembira kerana injin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa. Apabila kita masih kurang makan untuk mengalas perut kita, maka badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu, pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan kerana ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga tahap kandungan karbohidrat didalam makanan yang kita ambil tidak melebihi 35 gm sehari.


Namun begitu, SELERA makan anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang menyebabkan kandungan gula didalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan) yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan atau craving. Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan manakah yang mengandungi gula atau bijiran yang telah diproses yang telah anda makan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil protien serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka pergilah makan lagi kerana  ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Apabila anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang.


Jika anda masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan anda. 

Thursday, 3 March 2011

Adakah Sakit Kepala Mungkin Akan Berlaku?

Kemungkinannya ada, terutamanya bagi penggemar kafein. Ini mungkin disebabkan pengeluaran kafein daripada badan anda yang telah biasa dengan kafein, atau anda mungkin kekurangan air. Minum banyak air masak untuk mengelakkan anda sakit kepala.

Sunday, 27 February 2011

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak Minum SDII?

Ramai juga orang yang bertanya tentang ini.. Oleh kerana saya pun belum agak mahir tentang hal ini, maka saya jawab berdasarkan jawapan yang diberikan oleh sifu SDII kita, iaitu En Kamarul Nordin di dalam buku beliau, "Siri Bimbingan SDII - Volume I".

PIlihan pertama yang beliau berikan adalah, supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Ini kerana, bila menyusu, anda akan membakar kalori yang lebih dari biasa.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet bagi mengembalikan bentuk asal anda, seeloknya anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan selesai tempoh pantang. Anda juga seharusnya mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan adakah anda memang sudah cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet. 3 perkara penting adalah minum banyak air, rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat dan seimbang.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih SDII sebagai program diet anda, makan anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah kabohidrat seperti fasa pengekalan berat badan ("maintenance level"), di mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari biasa, iaitu lbh krg 100gm kabo sehari.

Selain itu, harus pastikan :
i) Jangan berlapar dan minum air yang cukup - jika berlapar, ia akan menyebabkan anda letih dan lemah. Apabila berada dalam keadaan ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan ini menyebabkan kekurangan susu anda.
ii) Kadar penurunan berat badan yang lebih sederhana - kadar penurunan berat yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu, jika berat anda turun terlalu cepat apabila meminum SDII, maka olah lah makanan anda dengan memakan buah-buahan dan sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat badan anda.

Yang paling penting, bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara di atas yang menjejaskan kesihatan anda & bayi, maka berhentilah berdiet buat seketika dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...