Monday 14 February 2011

Keto Sticks

Keto Stick digunakan untuk menguji air kencing dengan mengukur jumlah ketone, iaitu kumuhan pembakaran lemak di badan. Cara penggunaan : Rendamkan pada air kencing dan biarkan selama 1 minit. Lihat jika ada perubahan warna.

Warna putih - tiada pembakaran lemak berlaku. Anda masih memakan banyak karbohidrat.
Warna pink - pembakaran lemak sedang berlaku secara optimum.
Warna pink gelap/ ungu - badan anda tidak cukup air dan/atau karbohidrat. Pastikan air yang diminum adalah sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan/atau tambahkan pengambilan karbohidrat sedikit supaya keto stick kembali pink.

Selepas hari ke-3 berdiet dengan SDII, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan air kencing dengan Keto Stick. Bacaannya seharusnya berwarna merah jambu untuk keputusan terbaik, iaitu pembakaran lemak sedang berlaku dengan optimum. 

Sekiranya pemeriksaan air kencing dilakukan pada waktu pagi, ia mengukur kadar pembakaran lemak anda bagi pengambilan makanan anda pada malam sebelumnya. Manakala sekiranya pemeriksaan dilakukan pada sebelum minum petang, ianya mengukur pemakanan anda pada sebelah pagi yang sama. Dengan keto stick, anda tidak boleh menipu diri sendiri kerana hasilnya akan kelihatan dengan jelas di situ. 

Untuk beberapa hari pertama diet, teruskan pengambilan karbohidrat anda yang paling minimum supaya anda akan mendapat ketosis dengan cepat. Walau bagaimanapun, memandangkan kadar metabolisme adalah berbeza-beza bagi setiap individu, maka anda haruslah menguji air kencing anda setiap hari untuk anda mencari Tahap Kritikal Karbohidrat anda sendiri. Sekiranya masih berwarna putih, maka anda harus mengurangkan lagi kadar pengambilan kabohidrat supaya badan anda masih membakar lemak. Sekiranya sudah berwarna pink, anda boleh mengujinya dengan menambahkan kabohidrat yang di ambil secara sedikit demi sedikit, untuk mengenal pasti Tahap Kritikal Kabohidrat anda sendiri.

Harga Keto Stick : RM27 (Terdapat 50 keping untuk 50x ujian)

3 comments:

  1. saya nak tnye...keto stick nie wajib beli ke bile minum SDII nie?? thanks =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hie sharz.. Sorry 4 d late reply.. :) Seelok2nya tu amiklah, baru blh tau betul ke x ur diet tu.. & then bila metabolisme rate tu dah improve, bila nak try & error amik carbo sket2 tu, skurang2nya ada ketostick tu utk tau dah blh amik ke x carbo tu.. :)

      Delete
    2. saya dah nak abes pon minum SDII nie..tapi taktau la nak order lagi or tak sebab nanti kalau amik lagi kerempeng la pulak..skrg nie saya dah capai 50KG sesuai la ngan ketinggian saya...tappiii..kalau next time kalau saya order SDII lagi Insha Allah akan beli sekali keto stick nie..thanks kak sudi komen wlupun sy tak beli ngan akak.. =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...