Friday, 18 March 2011

BMI Kalkulator

Berat badan adalah pengaruh besar terhadap kesihatan sepanjang hidup. Orang obesiti umumnya kurang sihat dan lebih terdedah kepada penyakit seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung, penyakit hempedu dan radang sendi. Timbang diri anda secara teratur dan ketahuilah berat badan anda yang sepatutnya. Timbang diri anda sekurang-kurangnya dua kali sebulan, pada masa yang sama (seelok-eloknya pada waktu pagi) dengan memakai pakaian yang ringan/nipis. Anda boleh mengukur Body Mass Index (BMI) dengan menggunakan formula berikut:
 
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
 
Anda boleh menyemak status berat badan anda dengan menggunakan Kalkulator BMI di bawah ini. Rentang BMI dikehendaki untuk dewasa (berusia 18 tahun ke atas) adalah antara 18.5 dan 25. 


  • Jika anda BMI Kurang dari 18.5, anda kurus





  • Jika anda BMI 18,5 untuk kurang daripada 25, berat badan yang dikehendaki





  • Jika anda BMI 25 hingga kurang dari 30, anda kelebihan berat badan





  • Jika anda BMI 30 atau lebih, anda mengalami obesiti





  •  
    - English Version -
    (*P/S : takut pening baca translation tu lah.. ;p) 
     
    Body weight is a major influence on helath throughout life. Obese people are generally less healthy and are more prone to illness such as diabetes, hypertension, heart diseases, gall bladder diseases and arthritis. Weigh yourself regularly and know your desirable body weight. Weight yourself regularly and know your desirable body weight. Weight yourself at least twice a month at the same time of the day wearing light clothing. You can calculate your Body Mass Index (BMI) by using the following formula:
     
    BMI = Weight (kg) / [Height (m) x Height (m)] You can check your weight status by using the BMI Calculator below.  The desirable BMI range for adult (aged 18 and above) is between 18.5 and 25.
    • If Your BMI is Less than 18.5, you are underweight
    • If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable
    • If Your BMI is 25 to less than 30, you are overweight
    • If Your BMI is 30 or more, you are obese 

    Friday, 4 March 2011

    Pil Perancang, Apa Kesannya Terhadap Diet Ini?

    Berdasarkan kajian klinikal dan pengalaman pengguna, tiada sebarang kesulitan yang berlaku. Namun begitu, oleh kerana kebanyakan pil perancang mengandungi estrogen, maka sudah pasti ini akan menggangu penurunan berat badan anda apabila menjalani program diet SD II ini.

    Estrogen akan menyebabkan lebih banyak lemak tersimpan di dalam tisu badan anda daripada ia dibakar sebagai tenaga. Ianya menyebabkan rintangan insulin, dan inilah puncanya anda susah untuk menurunkan berat badan. Estrogen juga merendahkan fungsi tiroid anda, yang sememangnya diperlukan untuk mengekalkan tahap metabolisme yang sihat untuk pembakaran lemak.

    Oleh itu, sekiranya anda tiada pilihan lain selain dari memakan pil perancang, anda perlu sedar dan bersedia bahawa pembakaran lemak anda lebih perlahan. Maka anda perlu lebih teliti dan megurangkan lagi jumlah karbohidrat yang anda ambil sehari supaya kurang dari 20 gram, untuk badan anda masih dapat membakar lemak. 


    Source : Siri Bimbingan SD II - Volume I oleh Kamarul Nordin

    Period - kenapa berat tak turun atau perlahan dari biasa??

    Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang hal ini.. Sememangnya apabila kita datang bulan (period), hormon kita tidak seperti sediakala. Maka, kadar pembakaran lemak adalah lebih perlahan daripada biasa. Jadi, saya serahkan kepada diri anda sendiri, samada untuk terus minum SDII ketika period, atau boleh juga tinggalkan sekejap SDII ketika ini. Tetapi, walaupun tidak meminum SDII ketika period, janganlah pula mengulangi tabiat pemakanan yang telah anda tinggalkan itu. Seharusnya anda harus menjaga pemakanan seperti biasa supaya badan anda konsisten dan juga dapat membiasakan diri dengan diet Karbo ini. Setelah period anda tamat, maka bolehlah anda teruskannya seperti biasa.

    Kenapa ketika berdiet SD2 saya selalu rasa lapar, selera nak makan bertambah dan apakah yang boleh saya lakukan ?

    This article was written by Kamarul Nordin in his notes on Thursday, February 24, 2011 at 10:10am
    - Thank you En Kamarul.. - ^_^

    Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza.


    Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang berbeza) ketika berdiet SD2, maka anda patut merasa gembira kerana injin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa. Apabila kita masih kurang makan untuk mengalas perut kita, maka badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu, pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan kerana ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga tahap kandungan karbohidrat didalam makanan yang kita ambil tidak melebihi 35 gm sehari.


    Namun begitu, SELERA makan anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang menyebabkan kandungan gula didalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan) yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan atau craving. Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan manakah yang mengandungi gula atau bijiran yang telah diproses yang telah anda makan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil protien serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka pergilah makan lagi kerana  ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Apabila anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang.


    Jika anda masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan anda. 

    Obesiti di Malaysia...

    ARKIB : 05/05/2010 - Utusan Online

    Budaya makan waktu malam punca obesiti



    <></>

    <>
    </></></></></>

    Kewujudan warung dan restoran Mamak yang dibuka 24 jam mendorong kepada budaya makan waktu malam. - Gambar hiasan

    TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.

    Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'. Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

    Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia. Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.
    Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

    Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera. Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia. Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

    Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

    Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan. Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam. Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

    Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol. Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori). Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

    Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit. Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya. "Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan. "Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.

    Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996. Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti. Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006. Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat. Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

    Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti. Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini. Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur. Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam. Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.

    ''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam. ''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit. "Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis. ''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap. ''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.

    "Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot. ''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan. ''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman. "Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.

    Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti. Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini. Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

    Thursday, 3 March 2011

    Kulit Yang Lebih Cantik & Badan Yang Sihat..

    Pada umumnya, pengamal diet SDII sering memberi komen tentang peningkatan corak kulit dan warna kulit mereka. Mereka biasanya berkata, bukan sahaja badan menjadi kurus, sihat dan tidak menggelebeh, malah kulitnya juga lebih cantik dan berseri-seri. Jawapannya sungguh mudah, iaitu : pemakanan yang betul dan peningkatan pengambilan air. Malah, produk ini juga adalah berasaskan soya, yang sememangnya salah satu medium utama yang digunakan untuk mencantikkan kulit.

    Selain itu, pengamal SDII juga tidak akan kelihatan lesu dan cengkung kerana kandungan zat makanan dan jumlah protein yang baik di dalam program diet ini memelihara protein badan. Muka yang lesu selalunya disebabkan mereka menahan lapar ataupun kehilangan berat badan akibat penyakit. Dengan SDII, anda tidak perlu menjauhkan diri anda daripada apa-apa kecuali kalori.

    Adakah Sakit Kepala Mungkin Akan Berlaku?

    Kemungkinannya ada, terutamanya bagi penggemar kafein. Ini mungkin disebabkan pengeluaran kafein daripada badan anda yang telah biasa dengan kafein, atau anda mungkin kekurangan air. Minum banyak air masak untuk mengelakkan anda sakit kepala.

    Wednesday, 2 March 2011

    Bacalah Label Pemakanan Terlebih Dahulu...

    Apabila penurunan berat badan terlalu perlahan, atau ketosick masih menjadi putih, ada kemungkinan ada kabohidrat tersembunyi yg terkandung dlm pemakanan anda.

    Belajarlah mengira berapa kandungan Kabohidrat @ Net Carbs yg boleh di makan dalam sehari. Setiap kali sebelum membeli makanan di pasaraya, bacalah label pemakanan yang terdapat di belakang setiap bungkusan makanan itu.

    Kabo bersih = Jumlah kabo - Dietary Fiber

    Contoh pengiraan (sos cili Life):
    Serving Size (1 Table Spoon)
    Total Carbohydrate 63g
    - Dietary Fibre 10g
    - Sugar 17g

    Jumlah Kabo bersih = 63g - 10g = 53g

    Maka, dengan ini boleh lah dirumuskan bahawa, dengan memakan hanya 1 sudu besar sos cili, jumlah kabo bersih yang kita makan adalah 53g, iaitu telah melebihi kadar yang kita boleh makan, iaitu 35g sehari, supaya badan masih membakar lemak.

    Wpun fiber juga adalah dr kandungan kabohidrat, tetapi ia tidak memberi kesan trhadap kandungan gula dalam darah kita. Maka dgn itu, ia boleh ditolak dari jumlah keseluruhan kabo. Apabila anda telah pandai mengira jumlah Kabo Bersih, maka anda tidaklah perlu bersusah payah bertanya sangat kepada orang lain adakah sesuatu itu boleh di makan atau tidak.

    Source : Siri Bimbingan SDII - Volume I : oleh Kamarul Nordin

    Pengambilan Karbohidrat...

    Sebenarnya dengan diet SDII, anda masih boleh mengambil 20g karbohidrat (karbo) - 35gm sehari (bergantung kepada individu). Tetapi untuk kesan yang lebih drastik, dinasihatkan untuk anda mengurangkan pengambilan kabo seminimum yang mungkin ketika tempoh berpantang (1-2 minggu pertama).

    Setelah ketostick anda berwarna pink, anda sudah boleh mula untuk mencuba ("try and error") apakah tahap karbo yang boleh anda ambil untuk badan anda masih membakar lemak dengan optimum. Sekiranya ketostick anda masih pink walaupun setelah memakan 2 keping roti, atau separuh pinggan nasi, itu bermaksud tahap metabolisme anda sudah tinggi dan berupaya untuk membakar pengambilan karbo itu. Tetapi, seeloknya untuk anda try and error tu, ambillah secara sedikit demi sedikit.. Janganlah pula untuk mencuba, anda memakan sepinggan nasi penuh dengan segelas nescafe pula.. Khuatir juga ketostick anda akan terus luntur warna nanti.. ;p

    P/S : Sedaplah pulak nampak nasi ayam ni.. ;p Setelah dapat berat ideal anda, bolehlah makan beberapa sudu nasi ni sekali ye.. Buat masa skarang, makan lah ayam dgn sup tu aje.. :) Sos tu memang a definitely no, no & no.....

    Studies suggest Atkins diet is safe!!


    Studies suggest Atkins diet is safe

    NEW YORK, Feb 18 (Reuters Health) - The extremely carbohydrate-restricted Atkins diet is a safe, effective way to lose weight, according to studies presented at the Southern Society of General Internal Medicine in New Orleans.

    A study of the diet conducted at the Durham VA Medical Center in North Carolina showed that on average, mildly obese people lost about 21 pounds in four months on the diet, and had positive changes in heart risk factors such as reduced cholesterol and increased HDL or "good cholesterol." These results are supported by a second study from researchers at the Atkins Center for Complementary Medicine in New York.

    The Durham study included 41 mildly obese, healthy people who attended an outpatient clinic. The study participants followed a program that reduced carbohydrate intake to less than 20 grams per day, and included vitamin supplements, fish oil supplements and 20 minutes of exercise at least three times per week.

    Over four months on the diet, the participants lost an average of 21.3 pounds, and showed a 6.1% drop in cholesterol, and almost a 40% drop in the level of triglycerides in their blood. In addition, their HDL levels increased by about 7%.

    In a press release, the researchers also say that their study did not find any of the safety concerns voiced by the American Dietetic Association, such as potentially dangerous effects on liver and kidney function.

    "In four short months on the Atkins Diet, we were able to confirm scientifically what Dr. Atkins states he has seen in his practice over the past decades. The diet lowers cholesterol and triglycerides and raises HDL... which may represent an entirely new approach to the control and prevention of heart disease," said lead researcher Dr. Eric C. Westman, assistant professor of medicine at North Carolina's Duke University.

    The study is continuing in order to assess the long-term effects of the diet.

    Reporting the results of the second study, Colette Heimowitz, director of nutrition at the Atkins Center in New York, said that it was based on 319 overweight or obese patients treated at the Center for at least a year. Investigators collected information on weight, blood pressure, cholesterol, kidney and liver function and other parameters during the study.

    "What we found is what we already knew from anecdotal data," Heimowitz told Reuters Health in an interview after the meeting on Friday. "There were some pretty impressive benefits in body composition, HDL levels went up, LDL levels went down and blood pressure decreased," she reported. Where HDL is the good cholesterol for its association with reduced heart risk, LDL has earned the name of being the "bad" cholesterol because high levels are associated with heart disease.

    "We now have data for the scientific community" on the healthful benefits of the Atkins diet, Heimowitz asserted.

    The Atkins diet severely restricts carbohydrate intake to induce a state of ketosis, or metabolic starvation. Dieters are encouraged to measure urinary ketone excretion as an indication of how effective the diet is in inducing fat breakdown. "Ketosis is a benign byproduct of fat burning," Heimowitz asserted. "With an adequate protein and fat intake, there is no loss of muscle mass...There is no change in (blood) pH if the diet is properly done," she said.

    However the diet is not for everyone, Heimowitz warned. "It's for those who need a correction in their sugar and carbohydrate metabolism...We encourage (vitamin) supplementation and an intake of 'good' fats, such as fish oil," Heimowitz commented.


    Sources : http://www.lowcarb.ca/articles/article148.html

    Sunday, 27 February 2011

    Bolehkah Ibu Menyusukan Anak Minum SDII?

    Ramai juga orang yang bertanya tentang ini.. Oleh kerana saya pun belum agak mahir tentang hal ini, maka saya jawab berdasarkan jawapan yang diberikan oleh sifu SDII kita, iaitu En Kamarul Nordin di dalam buku beliau, "Siri Bimbingan SDII - Volume I".

    PIlihan pertama yang beliau berikan adalah, supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Ini kerana, bila menyusu, anda akan membakar kalori yang lebih dari biasa.

    Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet bagi mengembalikan bentuk asal anda, seeloknya anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan selesai tempoh pantang. Anda juga seharusnya mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan adakah anda memang sudah cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet. 3 perkara penting adalah minum banyak air, rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat dan seimbang.

    Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih SDII sebagai program diet anda, makan anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah kabohidrat seperti fasa pengekalan berat badan ("maintenance level"), di mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari biasa, iaitu lbh krg 100gm kabo sehari.

    Selain itu, harus pastikan :
    i) Jangan berlapar dan minum air yang cukup - jika berlapar, ia akan menyebabkan anda letih dan lemah. Apabila berada dalam keadaan ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan ini menyebabkan kekurangan susu anda.
    ii) Kadar penurunan berat badan yang lebih sederhana - kadar penurunan berat yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu, jika berat anda turun terlalu cepat apabila meminum SDII, maka olah lah makanan anda dengan memakan buah-buahan dan sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat badan anda.

    Yang paling penting, bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara di atas yang menjejaskan kesihatan anda & bayi, maka berhentilah berdiet buat seketika dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.

    Sunday, 20 February 2011

    10 Kelebihan SD II Berbanding Produk Lain...

    1) Tidak perlu berlapar, boleh makan 3x sehari atau lebih.
    2) Berat badan anda turun dengan cepat (purata 3 - 5 kg seminggu).
    3) Pemegang rekod dunia (Guinness World of Record) dengan penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan sahaja.
    4) Walaupun penurunan berat badan yang cepat, SD II adalah selamat dan tiada kesan sampingan kerana konsep ini telah dikaji dengan teliti oleh profesor2 di Harvard Medical School (sekolah perubatan yang terbaik di dunia).
    5) Kulit tidak menggelebeh (ini kerana lemak akan ditukar kepada otot) serta lebih cantik (berasaskan soya dan mempunyai collagen).
    6) Badan lebih sihat dan bertenaga, tidak lesu, pucat atau tidak bermaya.
    7) Anda akan kelihatan lebih muda.
    8) Meningkatkan tahap metabolisme (secara semulajadi) untuk pembakaran kalori yang lebih pantas.
    9) Apabila tahap metabolisme tinggi, ini akan menyebabkan pengekalan berat badan ideal anda (walaupun setelah berhenti menggunakan produk ini).
    10) Masih mengekalkan keperluan protein di dalam badan.

    Friday, 18 February 2011

    Adakah semua orang akan mengalami penurunan berat badan apabila mengamalkan diet ini?

    Ramai orang yang bertanya soalan sebegini kepada saya. Ini kerana, kata sesetengah mereka, saya telah cuba bermacam-macam cara, tetapi tiada satu pun yang berkesan!!

    Ya! Semua orang akan mengalami penurunan berat badan dengan SD II. Cuma yang berbeza adalah jumlah penurunan dan berapa cepat berat akan turun. Pengurangan lemak berlaku secara berterusan apabila menggunakan diet ini sebagai sumber zat pemakanan. Lelaki membakar lemak lebih banyak daripada wanita, oleh itu lelaki lebih cepat mengalami penurunan berat badan.

    Wednesday, 16 February 2011

    Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)

    Badan berasid
    Anda mungkin tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai asid dalam badan yang tinggi, maka badan anda akan melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya, iaitu dengan menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.


    Cara mengatasinya?
    Minum cuka epal adalah satu cara untuk mengekalkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka epal juga dapat membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), dan mempercepatkan metabolisme untuk menyingkir lemak terkumpul di badan anda.


    Cuba mengambil SD2 dengan cuka epal (biasanya diambil sekali sehari selepas sarapan pagi) dan diharapkan keto stick anda menjadi pink dengan cepat.


    Psst : Cuka epal tau.. td kawan saya dah tersasul mencari cuka getah ketika di supermarket.. naik sakit perut saya gelak.. cuka getah, putuslah urat perut tu yang ooi.. bahaya betul... ^_^


    Tuesday, 15 February 2011

    TESTIMONI SDII

    1) Analosa - “Analosa’s amazing weight loss story”


    Analosa has lost an amazing 56kg in three weeks using the Slim Diet II programme. She decided to give it a try after a bad bout of asthma left her physically exhausted. She was confined to bed, and could hardly move.

    “My body just couldn’t cope”, Analosa recalls. “My mind wanted to work but I could hardly move, I had no strength in my left arm and my eyes were blurred.”

    Analosa started on the cleansing diet on November 6, weighing 145kg. She started on Slim Diet two days later and although she admits to ‘cheating a little’ along the way, she slimmed down rapidly to 91kg by the time she visited the New Image head office on November 26. Analosa’s goal is to get down to size 16 or 17. During her diet, she was too scared to use a scale on a daily basis – afraid that it might show her gaining weight again. Not so, and Analosa’s bubbly laugh, new figure, and new found energy all combine to tell the tale of her remarkable weight loss. Well done Analosa!

    2) Jo Whitehouse Bulls - “40 kilos lighter in 7 months”


    In 7 months I have reduced from size 22+ to size 14, and yes the wedding dress fits again! My cholesterol has dropped to within the normal range (the doctor is now happy). All joint pain has disappeared, I sleep soundly knowing I am healthier and I no longer snore (so my kids tell me!).

    The little things in life are so great again. Getting up from a lounge suite doesn’t take three attempts anymore. Cleaning is easier (still hate doing it though); I can fit easily behind the wheel of a car. Life is so much more enjoyable without having to drag an extra 40kg around.

    I used to hate shopping for clothes, but even that is now fabulous. My daughter thinks it’s great as she usually benefits as well. I so cherish the times she lies on my bed while I try things on.

    The Slim Diet II programme is so easy to follow. The food is what you eat everyday, it is very nutritional and there is plenty of it. Believe me you are never hungry. I eat real food, the same foods I used to eat, I just follow the programme.

    Thank you Slim Diet II

    3) Ann Holm, NSW Australia - “Lost 18.5 kilos in 4 weeks”


    I have lost 18.5 kilos in 4 weeks and am feeling on top of the world. After the first week using Slim Diet II, I did’nt seem to feel hungry at all.

    4) Mr Chan - “Incredible 4 inches in 1 week “


    “In less than one week on the Slim Diet II weight loss programme I lost an amazing 11.43cm (4 inches) from my waist and my tummy has become quite flat again. I have tried over 10 other kinds of weight loss methods in the past and this is the first one that has worked successfully, I am really looking forward to seeing forward to seeing myself after another few weeks on the Slim Diet II programme.”

    5) Fazleen Rahim - Puchong, Selangor
    FazleenRahim said...
     
    Dear Sist, Just to share with you and others..in just 5 days, i've already lost 4kg..am very excited about it..hehehe..hope to loose more KGs after this.. ^_^
    Before - 159 kg

    After - 75 kg

    First of all, million thanks to Vimala bcoz she has given her permission for me to publish her photo & her story at this blog. :)

    Vimala has transformed herself from 159 kg to 75 kg in just 22 weeks. For the first week only, she succeeded to lost 10 kg of her weight!! 11 weeks later, she lost another 34 kg.. However, she stopped taking SD2 for about 1 month, but her weight still maintain at that level (about 115 kg). After that, she continued back, and for the next 10 weeks, she lost another 32 kg.. Amazing, isn't it? Even after she stops, her weight still reduced for another few kgs.. And now, she has stopped taking SD2 for >6 months, but her weight still maintains at 75 kg - 76 kg. Another best part that she higlighted was that her body is firm, not flabby, and her skin feels smoother than before. I'm very impressed with her - Congrates Vee..

    7) Syila, Terengganu

    - feedback from her -

    "k.nina, bekalan dah nak abis ni.. nak order lg blh? dari L pelan2 dah jd M dah ni.. hehehe.."
    Syila baru sahaja minum SDII sminggu lbh je tu, dia start minum on 18/2/11.. cepat betul kesannya.. :)

    Cadangan Menu Pemakanan

    Sarapan
    1. Telur - rebus, scrambled, mata kerbau, separuh masak, omelet (+ sosej, bawang, capsicum & tomato)
    2. Sosej - rebus, grill, slice kecil & goreng
    3. daging burger - daging/ayam
    4. Ayam kukus berempah
    5. Fish finger/fillet - cari yg chunky kurang tepung


    Makan Tengahari/ Makan Malam
    1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, sayur hijau
    2. Chicken chop/lamb chop/ steak (kurangkan kuah, jgn ambil sos & kentang)
    3. Yong taufu (tanpa kuey teow) dengan kuah sup (bukan dengan kuah coklat yg manis)
    4. Sup atau Tomyam ayam/daging/tulang/makanan laut dengan sayur
    5. Sate ayam/lembu/daging/perut (kurangkan kuah & jgn makan nasi impit)
    6. Tauhu bakar & sotong kangkung
    7. Ikan bakar/kukus (nak makan brapa ekor pun boleh)


    Snek
    1. Tempe/ikan bilis goreng dgn sedikit bawang & cili potong (jgn ambil terlalu byk kerana tempe masih ada sedikit kabo)
    2. Nugget ayam, drummet, fish fingers (lihat nutrisi pemakanan - jumlah pengambilan kabo dalam sehari tidak melebihi 35g)


    Nota:
    1. Makanan yg diproses seperti sosej, daging burger, fish fingers, nugget ayam, drummet, dsb masih mempunyai kabo kira-kira 4g sekeping, dan berbeza-beza mengikut jenama.
    2. Makanan dari bahan soya (tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dsb masih ada 30g kabo bg setiap 100g makanan.
    3. Jangan ambil lebih dari 35g kabo sehari untuk badan masih membakar lemak.
    4. Perhatikan kabo tersembunyi di dalam kuah black pepper, mushroom sos, sos cili/tomato, kuah/gravy untuk steak/lamb&chicken chop.
    5. Buah-buahan juga ada kabo yg tinggi. Elakkan dulu semasa berdiet.



    Source : Siri Bimbingan SDII - Volume I : oleh Kamarul Nordin

    Peraturan Penting Diet SDII

    Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD II? Ikutlah peraturan-peraturan di bawah ini untuk memastikan program diet anda ini berjaya. 

    1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN
    Makan 3 kali sehari dgn saiz sederhana atau 4 - 5 kali sehari, tetapi dengan kuantiti yang kecil pada setiap pengambilan.

    2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA
    Boleh juga mengambil snek setiap 4 jam (bawalah sosej rebus/ telur rebus/ telur hancur sebagai bekalan) atau makan setiap kali anda merasa lapar.

    3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP
    Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dgn selesa dan bukan terlalu kenyang. Juga supplement dengan memakan SDII sebanyak 2 skop sebanyak 4 kali sehari.

    4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI
    Ada juga yang berpendapat mengatakan tidak boleh melebihi antara 20 - 35 gram karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Tahap Kritikal Karbohidrat untuk pembakaran lemak yang berbeza-beza. Sebenarnya 35 grams karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada di dalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari. Walaubagaimanapun, untuk kesan yg drastik, cuba tinggalkan kesemua kabohidrat dan gula untuk 7 hari - 14 hari pertama berdiet.

    5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET
    Boleh makan sayuran hijau (tak berkanji), tomato dan buah avocado yang rendah karbohidrat.

    6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER AIR KOSONG SETIAP HARI
    Kumuhan atau sisa pembakaran lemak iaitu ketone perlu dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Sekiranya kurang dari 2 liter, sisa pembakaran lemak tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan berat badan anda tidak akan turun.

    7. HINDARI MINUMAN BERKEFEIN SEPERTI KOFEE, TEA DAN MINUMAN RINGAN DAN BERGAS
    Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

    8. KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1 GRAM NET KARBOHIDRAT
    Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Berhenti terus minuman manis, bergas dan bergula.

    9. JIKA ANDA MAKAN DI LUAR, BERHATI-HATI DENGAN KABOHIDRAT YG TERSEMBUNYI
    Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings. Sos cili dan tomato mengandungi karbohidrat yg tinggi.

    10. JANGAN MENYANGKA SEMUA MAKANAN MEMPUNYAI KARBOHIDRAT YG RENDAH
    Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter) untuk memastikan anda tidak memakan lebih dari 35g karbohidrat sehari supaya badan anda masih boleh membakar lemak terkumpul.

    Source : Siri Bimbingan SDII - Volume I : oleh Kamarul Nordin

    Monday, 14 February 2011

    Senarai Pemakanan

    APA YANG ANDA BOLEH MAKAN ?
    (Digalakkan untuk makan. Boleh masak mengikut apa cara kesukaan anda)


    Ayam, Daging Lembu/Kambing, Itik, Ikan, Udang, Ketam, Sotong, Telur, Buah Avocado & Zaitun, Sayur-sayuran Hijau bukan ubi, Produk soya yang rendah karbohidrat, Keju yang rendah karbohidrat, Air teh hijau yg tak berkafein serta tiada gula, Air kosong /Ais, Lain-Lain Makanan Berprotein sahaja.

    APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
    (Dilarang makan untuk kesan yang optimum. Pengambilan yang sedikit juga akan melambatkan penurunan berat badan)

    Nasi, Mee, Pasta, Roti, Biskut, Gandum/Oat/Nestum, Sayuran berubi, Alkohol, Kafein (Kopi/Teh), Minuman Ringan Minuman Diet (Sodium), Buah-Buahan (terutamanya durian dan pisang), Susu, Gula-Gula (Manisan), Gula, Lain-Lain Makanan Berkarbohidrat serta bergula.


    Anda masih boleh mengambil makanan-makanan yang dilarang ini secara sederhana sekiranya anda tidak perlu menurunkan berat badan dengan cepat. Walaubagaimanapun, untuk kesan yang optimum, tinggalkan lah segala larangan tersebut sementara berdiet.

    PERINGATAN PENTING : JANGAN SESEKALI BERLAPAR APABILA MENGAMBIL PRODUK INI!! APABILA BERLAPAR, BADAN ANDA TIDAK AKAN MENGHASILKAN TENAGA UNTUK MEMBAKAR LEMAK!! MAKANLAH SEDIKIT2 TETAPI DENGAN KADAR YG KERAP UTK MENGELAKKAN ANDA LAPAR.. ATAU BAWALAH BEKALAN APABILA ANDA KELUAR/SEMASA BERADA DI PEJABAT...

    Cara Pengambilan SD II


    1. Goncang SD II anda sebelum buka. (Beberapa nutrien khusus kepada penyelesaian semasa penggunaan).
    2. Campurkan 2 skup SDII ke dalam 200 - 250 ml air sejuk. Goncang shaker sehingga larut dan minum.
    3. Minum SDII 4 kali sehari sebelum/selepas sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam atau supper (atau bila2 masa sahaja sesuai dengan jadual anda, asalkan cukup 4x sehari).
    4. Makan hanya dari senarai makanan (lauk-lauk sahaja, tinggalkan makanan berkarbohidrat dan gula). Makanan ini perlu dipilih dengan berhati-hati untuk memastikan penurunan berat badan yang maksimum dan  efisien.
    5. Anda mesti mempunyai minimum 20 gram karbohidrat sehari daripada senarai makanan anda, tetapi jumlah keseluruhan kabo anda mesti tidak melebihi 35 gram sehari untuk badan masih membakar lemak..
    6. Minum minimum 2 liter air sehari. Lebih banyak air lebih bagus, supaya lebih senang badan anda memproses keluar lemak-lemak yang tersimpan itu.
    7. Untuk kesan yang lebih drastik, lakukan senaman secara berterusan selama 30 minit sehari (jika tidak berkesempatan, memadai dengan berjalan turun naik tangga, atau skipping, atau berkejar-kejaran dengan anak-anak.. ^=^)
    8. Periksa Tahap Kritikal Karbohidrat anda dengan Uriscan (Keto Stick) setiap hari.
    9. Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya - jangan menipu diri anda! Tiada siapa yang akan rugi jika menipu, kecuali diri anda sendiri...

    HARGA :
    RM144 (Semenanjung Malaysia)
    RM153 (Sabah & Sarawak)

    KEAHLIAN PERCUMA DENGAN 4 TIN SDII
    PADA HARGA RM482* (Semenanjung Malaysia)
    @ RM520* (Sabah & Sarawak) &
    * Tidak termasuk pos
    REBUT PELUANG INI SEKARANG!!!!

    Keto Sticks

    Keto Stick digunakan untuk menguji air kencing dengan mengukur jumlah ketone, iaitu kumuhan pembakaran lemak di badan. Cara penggunaan : Rendamkan pada air kencing dan biarkan selama 1 minit. Lihat jika ada perubahan warna.

    Warna putih - tiada pembakaran lemak berlaku. Anda masih memakan banyak karbohidrat.
    Warna pink - pembakaran lemak sedang berlaku secara optimum.
    Warna pink gelap/ ungu - badan anda tidak cukup air dan/atau karbohidrat. Pastikan air yang diminum adalah sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan/atau tambahkan pengambilan karbohidrat sedikit supaya keto stick kembali pink.

    Selepas hari ke-3 berdiet dengan SDII, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan air kencing dengan Keto Stick. Bacaannya seharusnya berwarna merah jambu untuk keputusan terbaik, iaitu pembakaran lemak sedang berlaku dengan optimum. 

    Sekiranya pemeriksaan air kencing dilakukan pada waktu pagi, ia mengukur kadar pembakaran lemak anda bagi pengambilan makanan anda pada malam sebelumnya. Manakala sekiranya pemeriksaan dilakukan pada sebelum minum petang, ianya mengukur pemakanan anda pada sebelah pagi yang sama. Dengan keto stick, anda tidak boleh menipu diri sendiri kerana hasilnya akan kelihatan dengan jelas di situ. 

    Untuk beberapa hari pertama diet, teruskan pengambilan karbohidrat anda yang paling minimum supaya anda akan mendapat ketosis dengan cepat. Walau bagaimanapun, memandangkan kadar metabolisme adalah berbeza-beza bagi setiap individu, maka anda haruslah menguji air kencing anda setiap hari untuk anda mencari Tahap Kritikal Karbohidrat anda sendiri. Sekiranya masih berwarna putih, maka anda harus mengurangkan lagi kadar pengambilan kabohidrat supaya badan anda masih membakar lemak. Sekiranya sudah berwarna pink, anda boleh mengujinya dengan menambahkan kabohidrat yang di ambil secara sedikit demi sedikit, untuk mengenal pasti Tahap Kritikal Kabohidrat anda sendiri.

    Harga Keto Stick : RM27 (Terdapat 50 keping untuk 50x ujian)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...